Wednesday, August 24, 2011

Pemantauan @ PLN Sukan Badminton







Tarikh: 23.08.2011
Tempat: Dewan KBA, Alor Setar, Kedah.
Kehadiran: 11 orang atlet lelaki, 4 orang atlet wanita, 1 jurulatih USPTN En. Samidiono dan 3 jurulatih KBA.

Latihan berjalan seperti biasa. Terdapat 15 orang atlet hadir untuk sesi latihan kali ini. Latihan bermula pukul 4.30 petang dan tamat pada pukul 6 petang.

terdapat 4 orang atlet yang beragama islam hadir untuk menjalani latihan walaupun sedang menjalani ibadah puasa.

Latihan yang diberikan oleh jurulatih kepada atlet untuk hari ini ialah latihan kemahiran iaitu permainan setengah gelanggang, smash dan tep 1\2 gelanggang. Untuk latihan kecergasan pula ialah push up dan sit up.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Farid bin Mohd Fauzi.

Monday, August 22, 2011

MESYUARAT PERSEDIAAN KONTINJEN KEDAH

Sebagai langkah awal bagi persediaan penyertaan Kontinjen Negeri Kedah di Sukma Pahang 2012, satu Mesyuarat Persediaan Kontinjen Kedah telah diadakan seperti ketetapan seperti berikut :

Tarikh. : 22 Ogos 2011 ( Isnin )
Masa. : 10.00 pagi
Tempat. : Bilik Mesyuarat, MSN Kedah

Mesyuarat ini dihadiri oleh semua Jurulatih Penuh Masa MSN Kedah dan juga Persatuan - Persatuan Sukan yang akan terlibat dalam Sukma Pahang 2012. Untuk makluman, Sukma Pahang 2012 dijadualkan akan berlangsung pada 31 Mei 2012 hingga 09 Jun 2012 melibatkan 24 sukan dan menawarkan sebanyak 369 Pingat Emas, 369 Pingat Perak dan 438 Pingat Gangsa kepada atlet - atlet yang bertanding. Kepada semua pihak yang akan terlibat dalam Sukma Pahang 2012, selamat berjaya diucapkan.

Fairul Fadzli

Sent from my BoLD ® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, August 21, 2011

PEMANTAUAN @ PLN OLAHRAGA









Pemantauan PLN Sukan Olahraga

Sesi 1

Tarikh : 17 Ogos 2011
Masa : 5.00 - 6.30 Petang
Tempat : SMK. Alor Janggus
Kehadiran : 1 Jurulatih, 13 Atlet

Latihan

1. Drill
2. Teknik
3. Speed

Sesi 2

Tarikh : 17 Ogos 2011
Masa : 9.30 MLM - 11.30 MLM
Tempat : Dewan Silat MSN Kedah
Kehadiran : 1 Jurulatih, 4 Atlet

Latihan

1. Strength
2. Teknik
- High Knee, Hayunan Tangan (Sprinter)
- Teknik Asas Kekuatan Pinggang -turn- (balingan)
3. Speed
4. Drill

Perbincangan/ Maklumbalas

1. Pada bulan Ramadan latihan tetap dijalankan. Latihan dijalankan seperti biasa tetapi sesi latihan di pendekkan dan diubah pada waktu malam.

2. Untuk makluman, atlet-atlet PLN Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Janggus(atlet baru) tetap menjalani latihan seperti biasa cuma sesi latihan dipendekkan dari pukul 5.00 petang hingga 6.30 petang. Atlet-atlet senior pula latihan dijalankan pada setiap hari iaitu pada waktu malam. Latihan dijalankan di Dewan silat Majlis Sukan Negeri Kedah.

3. Latihan ini juga untuk persediaan ke Kejohanan Negeri Sembilan Open pada 10 hingga 11 September 2011. Seramai 2 jurulatih USPTN Kedah iaitu En. Zamsairon dan En. Mahalingam dan seramai 8 atlet akan bertanding dalam kejohanan ini.

4. Untuk makluman, segala perbelanjaan kejohanan Negeri Sembilan Open akan di tanggung oleh MSN Kedah. Peruntukan telahpun dipohon pada awal bulan Ogos 2011 yang lepas. Pihak USPTN Kedah masih menunggu keputusan dari pihak MSN Kedah mengenai kelulusan tersebut.

5. Atlet-atlet dari PLN SMK. Alor Janggus agak keletihan kerana ini adalah kali pertama mereka menjalani latihan di bulan ramadan. Walaupun begitu, atlet-atlet tetap menerima arahan daripada jurulatih dan membiasakan diri menjalani latihan pada bulan ramadan.

Tahniah kepada atlet-atlet baru kerana berjaya mengikut latihan pada bulan ramadan.

Sekian untuk makluman.

Laporan disediakan oleh Akmal Hshim

PEMANTAUAN @ PLN GIMNASTIK








Pemantauan Pusat Latihan

Sukan : Gimnastik

Kehadiran : 4 atlet 1 jurulatih

Tempat : SK Jitra 3, Jitra.

Masa : 5.00 hingga 6.30 Petang

Tarikh : 17.08.2011 ( Rabu )

Aktiviti./ Latihan

1. Bulan ramadan bukan alasan untuk tidak melakukan latihan. Untuk sukan gimnastik program latihan berjalan seperti biasa tetapi masa latihan di kurangkan daripada 2 ½ jam kepada 1 ½ jam pada setiap sesi latiahan dijalankan.

2. Jurulatih memaklumkan latihan ini juga bagi membuat persediaan untuk menyertai Pertandingan Gimnastik Artistik Kebangsaan S.P.T.S 2011 peringkat zon utara yang akan berlangsung di Dewan Gimnasium, Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Nyior, Jitra, Kedah Darul Aman pada tarikh 29 Ogos hingga 01 Oktober 2011. Antara negeri-negeri zon utara yang terlibat adalah Negeri Pulau Pinang, Negeri Perlis dan Negeri Kedah.

3. Hasil perbincangan bersama jurulatih satu ujian kecergasan akan dijalankan ke atas atlet selepas hari raya aidil fitri sebelum ke Pertandingan Gimnastik Artistik Kebangsaan S.P.T.S 2011 bagi memastikan atlet sentiasa cergas sebelum menghadapi pertandingan tersebut.

Sepanjang pemantauan dibuat atlet-atlet menunjukkan minat yang tinggi dan seronok semasa menjalani latihan walau pun letih berpuasa.


Sekian untuk makluman.

Laporan disediakan oleh Zamsairon Mat Dan


Thursday, August 18, 2011

Pemantauan PLN Sukan Badminton Kedah








Tarikh: 17 Ogos 2011
Masa: 4 petang - 5.30 petang
Tempat: Dewan KBA, Alor Setar, Kedah.
Kehadiran: 8 Atlet lelaki, 4 Atlet wanita, seorang jurulatih USPTN, Kedah (Encik Samidiono) dan 3 orang jurulatih KBA.

Latihan berjalan seperti biasa. Latihan dijalankan pada setiap hari kecuali pada hari Ahad.
Latihan dimulakan dengan sesi memanaskan badan. Selepas itu, atlet diberi latihan pukulan jauh antara satu sama lain.

Selepas selesai latihan pukulan, atlet dibahagiakan kepada beberapa kumpulan. Tujuannya adalah untuk mewujudkan pertandingan badminton antara kumpulan.
Atlet akan bertanding sesama sendiri untuk mengukur kekuatan masing-masing.

Pertandingan seperti ini akan diadakan pada setiap hari Rabu dan hari Sabtu pada setiap minggu.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Farid bin Mohd Fauzi.

Monday, August 15, 2011

ASRAMA SMK TATAR DI JILAT API















Satu siri kebakaran telah memusnahkan blok atas asrama bagi pelajar lelaki Sekolah Sukan Negeri iaitu Sekolah Menengah Tunku Anum Tunku Abdul Rahman, Jitra. Kebakaran yang dipercayai bermula pada jam 3.00 petang pada 14 Ogos 2011 dipercayai disebabkan oleh litar pintas. Kebakaran ini juga turut menyebabkan atlet - atlet yang menginap di asrama terbabit tinggal sehelai sepinggang.

Bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh pihak sekolah, Tuan Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah iaitu Tn Syed Khairol Anuar Bin Syed Abidin telah berbesar hati untuk melawat tapak kebakaran serta menyerahkan sumbangan dari pihak Majlis Sukan Negeri Kedah kepada pihak sekolah. Diharapkan dengan sumbangan ini, perkongsian pintar program di antara pihak MSNK / USPTN Kedah bersama pihak sekolah dapat diperkukuhkan.

Kepada adik - adik atlet terutamanya atlet - atlet Sukan Sepak Takraw SSN/USPTN Kedah diharapkan dapat bersabar dengan dugaan di Bulan Ramadhan ini.

Sekian, terima kasih.

SELAMAT BERJAYA



Selamat berjuya diucapkan kepada adik Nurshafika Shabani, atlet PN Sukan Memanah dari PLN SMK Pokok Sena di bawah kendalian En Manaf Mohamad yang telah terpilih untuk mewakili Pasukan Memanah Remaja Malaysia yang akan bertanding di World Archery Youth Championship yang akan berlangsung di Poland dari 22 - 30 Ogos 2011. Beliau kini berada di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil bagi mengikuti latihan pusat yang telah dijalankan dari 10 Ogos 2011. Diharapkan adik Nursyafika Shabani akan beroleh kejayaan walaupun akan bertanding pada Bulan Ramadhan di kejohanan ini. Selamat berjuang.

Sunday, August 7, 2011

Pemantauan PLN Sukan Badminton Kedah




Tarikh: 3 Ogos 2011
Kehadiran: 3 Jurulatih, 7 Atlet Lelaki, 2 Atlet Wanita.
Tempat: Dewan KBA, Alor Setar, Kedah.

Latihan bagi Sukan Badminton berjalan seperti biasa. Walaubagaimanapun, didapati kehadiran atlet agak merosot disebabkan oleh beberapa faktor berikut :

Ø Atlet sedang membuat persediaan peperiksaan percubaan PMR dan SPM.

Ø Hanya atlet berbangsa Cina sahaja yang menjalani latihan. Ini kerana, atlet yang beragama Islam tidak berlatih kerana menjalani ibadah berpuasa.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh Mohd Farid bin Mohd Fauzi.

Thursday, August 4, 2011

Ujian Kecergasan Atlet Badminton Kedah








Tarikh: 29 Julai 2011

Masa: 8 pagi
Tempat: Dewan KBA, Alor Setar, Kedah
Kehadiran: 12 Atlet Lelaki, 10 Atlet Wanita, 6 orang Jurulatih.

Jurulatih Sukan Badminton Kedah telah megadakan satu ujian kecergasan untuk atlet Badminton Kedah. Ujian yang dijalankan oleh jurulatih Badminton Kedah ialah Beep Test. Sebelum memulakan ujian, Jurulatih telah mengarahkan atlet supaya memanaskan badan dan membuat regangan.

Atlet dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B. Kumpulan A memulakan ujian terlebih dahulu, manakala kumpulan B merekod ujian yang dilakukan oleh kumpulan A. Selepas kumpulan A selesai melakukan ujian, kumpulan B pula melakukan ujian.

Berikut adalah keputusan ujian yang telah dijalankan.



Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh Mohd Farid bin Mohd Fauzi.