Monday, May 30, 2011

UJIAN KECERGASAN DAN PEMANTAUAN @ PLN GIMNASTIK

















Sukan : Gimnastik

Kehadiran : 17 atlet, 1 Jurulatih
2 Pegawai USPTN Kedah

Tempat : SK Jitra 3

Masa : 9.00 pagi hungga 12.00 tengah hari

Tarikh : 28 Mei 2011 ( Sabtu )

Aktiviti / Latihan

1. Walau pun Karnival Pelapis Negeri 01/2011 Kelantan sudah berlalu tetapi program serta latihan untuk sukan gimnastik di peringkat USPTN Kedah tetap diteruskan seperti biasa. Tujuan ujian ini dijalankan adalah bagi melihat tahap kecergasan atlet selepas pertandingan untuk pengkhususan bagi program latihan seterusnya. Jurulatih juga memberi sedikit taklimat tentang program dan aktiviti - aktiviti yang perlu semasa melakukan ujian kecergasan.

2. Jurulatih memaklumkan semasa ujian dilakukan,program dapat dijalankan dengan mudah kerana ramai atlet hadir semasa ujian dijalankan berikutan cuti penggal persekolahan. Hasil daripada pemantauan, didapati atlet dari SMK Pulau Nyior juga turut hadir bersama waris masing - masing.

3. Didapati tahap kecergasan atlet berada di dalam tahap yang memuaskan.

4. Daripada ujian tersebut, setelah membuat perbincangan dengan jurulatih, para atlet perlu memperbanyakkan latihan serta mempertingkatkan tahap kecergasan. Menurut maklumbalas daripada jurulatih, atlet tidak dapat melakukan latihan 100% kerana ruang tempat latihan yang tidak mencukupi untuk meletakan peralatan yang sedia ada. Ini juga boleh mendatangkan kecederaan kepada atlet semasa melakukan latihan.

Sepanjang ujian dilakukan, atlet - atlet memberi komitmen yang tinggi serta berdisplin dalam setiap ujian yang diberikan dan ujian berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah.

Sekian, terima kasih.

Mohd Zamsairon B Mat Dan @ Saadan melaporkan untuk USPTN Kedah.

Thursday, May 26, 2011

UJIAN KECERGASAN DAN SESI LATIHAN SUKAN OLAHRAGA







Tarikh : 25 Mei 2011

Tempat : Stadium Darul Aman

Masa : 8.00 PG - 10.30 PG

kehadiran :7 Orang atlet (full time), 1 Jurulatih.

Ujian Kecergasan (Shuttle Run 20M)

Tahap kecergasan atlet memuaskan dimana atlet-atlet tersebut menjalani latihan bermula pada pertengahan April 2011.

Daripada Ujian tersebut, setelah membuat perbincangan dengan jurulatih, atlet-atlet perlu membuat latihan endurance bagi acara balapan.

Jurulatih juga memaklumkan untuk acara balingan tahap kecergasan tersebut memuaskan Add Imagekerana atlet-atlet balingan tidak memerlukan endurance yang banyak tetapi lebih kepada latihan Speed.

Level tertinggi adalah 8:6 dibuat oleh atlet dalam acara 400M dan terendah adalah 4:4 iaitu atlet acara peluru.

20M SHUTTLE RUN RECORD


1) Daripada keseluruhan 7 atlet, 3 atlet mencatatkan tahap minimum dalam ujian ini

2) 4 atlet mencatatkan tahap pertengahan dalam ujian ini.

3) Tiada atlet yang dapat mencapai tahap yang terbaik dalam ujian ini. Ini adalah kerana atlet-atlet sepenuh masa ini baru sahaja menjalani latihan pada pertengahan April 2011 yang lalu.

4) Dalam ujian ini, tahap kecergasan atlet-atlet agak memuaskan.

5) Jurulatih perlu memperbanyakkan latihan kecergasan bagi meningkatkan tahap endurance, strength, speed dan power atlet.

Latihan

Drill Hurdle.

5 exercise 2 set.

Latihan tersebut adalah untuk teknik hayunan dan asas kekuatan upper body dan lower body.


Akmal Hashim melaporkan dari Stadium Darul Aman.

Wednesday, May 25, 2011

PEMANTAUAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA 2011
















Salam 1 Malaysia,

Tarikh : 20 – 24 Mei , 2011

Tempat : Stadium Ipoh, Perak

Jurulatih : Mohd Zam Sairon Bin Mat Dan @ Saadan

Hasil Pemantauan

Kejayaan Negeri Perak dalam penganjuran Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia pada tahun ini memberi kesan yang mendalam kepada semua negeri-negeri di seluruh Malaysia. Dengan kehadiran hampir 40,000 orang memenuhi stadium Ipoh semasa majlis perasmian telah memberikan atmosfera berbeza kepada para atlet yang bertanding. Kegemilangan kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah Malaysia pada kali ini menyuntik semangat baru kepada semua atlet-atlet di seluruh negeri untuk terus mempertingkatkan prestasi semasa kejohanan berlangsung.

Adalah amat membanggakan kerana komitmen dan kesungguhan daripada atlet-atlet di bawah program USPTN Kedah sepanjang kejohanan berlangsung. Dengan pencapaian cemerlang atlet dari PLN Olahraga di SMK Bijaya Setia, Sungai Petani iaitu Tan Wei Heng yang telah menggondol 3 pingat Emas dan telah dinobatkan sebagai peserta terbaik lelaki kelas 1 dan olahragawan lelaki kelas 1. Buat pertama kalinya atlet dari Negeri Kedah menyertai acara tukul besi pada tahun ini dan ianya memberi impak yang amat baik bagi USPTN Kedah untuk terus mencari bakat-bakat baru untuk mengembalikan kegemilangan sukan olahraga di Negeri Kedah.

Berikut adalah merupakan atlet - atlet di bawah Program USPTN yang terlibat dan telah menyumbangkan pingat kepada kontinjen Negeri Kedah :


Sekian, terima kasih

Laporan disediakan oleh Mohd Zamsairon B Mat Dan @ Saadan

Thursday, May 19, 2011

PENCAPAIAN KESELURUHAN KARNIVAL PELAPIS NEGERI BIL 1/2011 NEGERI KELANTAN

Berikut adalah kedudukan bagi Negeri - Negeri yang bertanding pada Karnival Pelapis Negeri Bil 1/2011 yang telah berlangsung di Kelantan pada 11 hingga 16 Mei 2011.


Rumusan pencapaian Kontinjen Kedah dari Program Pelapis Negeri Kedah secara keseluruhannya adalah sangat memberangsangkan. Semua jurulatih dan atlet telah menunjukkan minat dan kesungguhan semasa latihan dan pertandingan. Tahniah diucapkan kepada atlet yang berjaya menyumbangkan pingat kepada Negeri Kedah dan kepada yang tidak berjaya, teruskan usaha anda. Masih banyak yang perlu diperbaiki untuk mempertingkatkan prestasi sukan di Negeri Kedah khasnya.


KARNIVAL PELAPIS NEGERI 01/11,KELANTAN








SUKAN : MEMANAH

VENUE : PADANG USM,KUBANG KERIAN,KELANTAN

Rentak positif ditunjukkan oleh Pasukan Memanah Kedah pada penyertaan Karnival edisi ini dengan sumbangan 3 Emas, 2 Perak dan 3 Gangsa kepada kontinjen Negeri Kedah. Diharapkan pencapaian seperti ini dapat diteruskan dalam sebarang kejohanan yang akan disertai kelak.
Berikut adalah rumusan kategori dan pencapaian penyertaan atlet Memanah Kedah :-

LELAKI


JARAK 30M LELAKI KATEGORI 1

Mohd Syazwan Abdul Hamid ( 333 Mata, 1 Pingat Gangsa )


BERPASUKAN LELAKI KATEGORI 1

Kedah (3326 Mata, 1 Pingat Perak)

WANITA

JARAK 70M WANITA KATEGORI 1

Nur Shafika Shabani ( 286 Mata, 1 Pingat Perak )

JARAK 60M WANITA KATEGORI 1

Nur Shafika Shabani ( 308 Mata, 1 Pingat Emas )

JARAK 50M WANITA KATEGORI 1

Nur Shafika Shabani (284 Mata , 1 Pingat Gangsa)

JARAK 30M WANITA KATEGORI 1

Nur Shafika Shabani (328 Mata , 1 Pingat Emas)

INDIVIDU WANITA KATEGORI 1

Nur Shafika Shabani (1206 Mata , 1 Pingat Emas)

BERPASUKAN WANITA KATEGORI 1

Kedah (3144 Mata, 1 Pingat Gangsa)

Sekalung tahniah kepada yang berjaya. Kepada yang kurang berjaya jangan berputus asa dan cuba tingkatkan prestasi dari semasa ke semasa.

Wednesday, May 18, 2011

KARNIVAL PELAPIS NEGERI 01/11,KELANTAN






SUKAN : TINJU
VENUE : DEWAN UTAMA,SMK PUTERA,KELANTAN

Atlet Sukan Tinju Negeri Kedah telah menyumbang sebanyak 1 pingat Perak dan 4 pingat Gangsa kepada Kontinjen Negeri Kedah. Kesemua atlet telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dan tahniah diucapkan kepada semua. Moga pada karnival yang akan datang, pasukan Tinju Negeri Kedah mempertingkatkan mutu persembahan agar mendapat kejayaan yang lebih cemerlang. Antara pingat-pingat yang telah disumbangkan adalah seperti berikut :

BAWAH 20 TAHUN
1) Mohd FarahimBin Junaidi ( Perak – Kategori berat badan 64 kg )
2) Mohd Malik Bin Md Isa ( Gangsa – Kategori berat badan 54 kg )
3) Mohd Al Qayyum Bin Othman ( Gangsa – Kategori berat badan 57 kg )
BAWAH 16 TAHUN
1) Mohd Syafiq Bin Mohd Ridzuan ( Gangsa – Kategori berat badan 48 kg )
2) Mohamad Fikri Bin Razali ( Gangsa – Kategori berat badan 57 kg )

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua.

KARNIVAL PELAPIS NEGERI 1/2011, KELANTAN






SUKAN : GIMNASTIK
VENUE : DEWAN SMK PUTERA, KELANTAN

Sukan Gimnastik juga tidak pulang dengan tangan kosong. Secara keseluruhannya atlet - atlet gimnastik Negeri Kedah berjaya menyumbangkan 1 Perak dan 3 Gangsa kepada kontinjen Negeri kedah. Walaupun pulang tanpa pingat Emas, pencapaian atlet - atlet muda gimnastik ini harus diberi pujian. Berikut merupakan senarai penyumbang pingat bagi sukan gimnastik :

Lelaki.
1) Mohd Syazwan Firdaus
Tahap : 2
Acara/kategori : Senaman Lantai
Pingat : Perak
Wanita
1) Nur Shatirah Al Nujma Binti Nasir
Tahap : 2
Acara/kategori : Melombol
Pingat : Gangsa
Acara/kategori : Palang Bertingkat
Pingat : Gangsa
2) Nur Shahtirah Al Nujma Binti Nasir
Nur Afiqah Amiarol
Nurul Hana Ashiqin Binti Suhaimie
Nor Natasha Nabila Binti Jantan
Tahap : 2
Acara/kategori : Kumpulan
Pingat : Gangsa
Keseluruhannya atlet-atlet bagi sukan gimnastik memberi komitmen serta disiplin yang tinggi semasa bertanding. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua.