Sunday, April 24, 2011

LAWATAN DATO' KETUA PENGARAH MSNM KE SMK TUNKU ANUM TUNKU ABDUL RAHMAN















Salam 1 Malaysia
Tarikh : 22 April 2011
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Pusat Latihan Angkat Berat Sek. Men. Keb. Tunku Anum
Tunku Abdul Rahman, Jitra, KEDAH.
Bersempena kunjungan YBhg. Dato’ KP ke negeri Kedah, beliau telah meluangkan masa untuk melawat PLN Angkat Berat di Sek.Men.Tunku Anum Tunku Abdul Rahman, Jitra untuk melihat dengan lebih dekat pusat latihan yang telah menghasilkan ramai atlet angkat berat yang berbakat untuk negara. Pada masa yang sama, YBhg. Dato’ juga sudi melawat pusat latihan sepaktakraw dan olahraga yang mana semuanya berada di dalam kawasan sekolah ini. Di samping melawat pusat latihan, YBhg. Dato’ sempat beramah mesra dan memberikan kata-kata perangsang kepada atlet-atlet tersebut yang kebanyakannya amat teruja bertemu dengan YBhg. Dato’ . Selesai lawatan, YBhg. Dato’ telah diraikan dalam jamuan makan tengah hari yang telah diadakan di Darul Aman Goft And Country Resort, Jitra. Semoga dengan kehadiran YBhg. Dato’ dapat menaikkan lagi semangat atlet-atlet di negeri Kedah ini dan sekelian warganegeri jelapang padi menyanjung tinggi kedatangan YBhg. Dato’ ke negeri kami. Seribu ucapan ribuan terima kasih kepada YBhg. Dato’ kerana sudi melapangkan masa. Serangkap pantun tanda ingatan :
Hijau Kuning Warna Kebanggaan Kami,
Gunung Jerai Melambai Di Kejauhan,
Warga Jelapang Padi Menyanjung Tinggi,
Kehadiran Dato’ Memberi Sejuta Impian,
Laporan disediakan oleh : Nor Azian Hassan

Thursday, April 21, 2011

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SUKAN OLAHRAGA






Salam 1 Malaysia,

Tarikh : 20 April 2011 (Rabu)

Masa : 5.00 – 7.00 petang

Tempat : SMK. Alor Janggus

Kehadiran : Atlet 30 orang termasuk atlet SUKMA, Jurulatih 1 orang

Aktiviti yang dijalankan sepanjang pemantauan.

Latihan

1. DRILL ABC, TECHNIQUE, SPEED dengan menggunakan mini hurdle(atlet baru).

2. DRILL ABC, STRENGTH, TECHNIQUE, SPEED dengan menggunakan mini hurdle. Teknik dan Drill Tukul Besi, Teknik Cakera dan Speed(30M) menggunakan Lembing (atlet SUKMA)

Perbincangan

1. Latihan berjalan seperti biasa.

2. Dari pemerhatian dan makluman daripada jurulatih atlet-atlet baru menunjukkan peningkatan iaitu dari segi latihan DRILL dimana atlet-atlet baru dapat membuat latihan tersebut dengan baik.

3. Jurulatih juga memaklumkan terdapat 2 orang atlet lelaki telah menarik diri dan memilih sukan bola sepak.

4. Jurulatih juga memaklumkan untuk membawa atlet-atlet baru menyertai Kejohanan Kedah Open sebagai pendedahan yang pertama untuk mereka akan tetapi pada Kejohanan berlangsung atlet-atlet terbabit akan menduduki peperiksaan pertengahan tahun dan perkara ini akan dibincangkan semula dengan pihak sekolah dan waris mengenai pelepasan atlet-atlet terbabit.

5. Untuk atlet-atlet SUKMA pula latihan dijalankan sedikit berbeza iaitu jurulatih membuat latihan mengikut acara masing-masing.

Makluman

1. Satu perjumpaan atlet telah diadakan setelah selesai menjalani latihan dimana turut hadir Pemangku Ketua Unit USPTN untuk melihat sesi latihan yang dijalankan.

2. Terdapat 3 orang atlet lama yang yang kembali menjalani latihan. Atlet-atlet tersebut adalah dari acara 4 x 400, 100 dan 200 serta lompat kijang.

3. Atlet-atlet SUKMA akan menyertai Kejohanan Terbuka Perak pada 30 April hingga 1 Mei 2011. Bagi atlet-atlet baru mereka akan menyertai Kejohanan Terbuka Kedah pada 13 hingga 15 Mei 2011 di Stadium Darul Aman.

4. Kehadiran atlet-atlet amat membanggakan dengan merujuk senarai kehadiran yang terdapat pada jurulatih. Ini adalah satu perkembangan yang baik dimana atlet-atlet menunjukkan minat yang tinggi untuk terus menjalani latihan.

Sekian untuk makluman.

Laporan disediakan oleh Akmal bin Hashim

PEMANTAUAN @ PLN BERBASIKAL



Tarikh : 20 April 2011

Masa : 4.30 PETANG

Tempat : Stadium Sultan Abdul Halim

Kehadiran : Atlet 10 orang, Jurulatih 1 orang

AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG PEMANTAUAN

Latihan

  1. EASY RIDE 40 KM
  1. Atlet membuat persediaan untuk menjalani latihan dengan memeriksa keadaan basikal masing-masing.

Perbincangan.

  1. Jurulatih memaklumkan atlet-atlet akan ke kejohanan Berbasikal Road di Melaka. Seramai 17 orang atlet akan menyertai kejohanan tersebut.
  2. Memaklumkan kepada jurulatih untuk membuat persedian ke kejohanan trek pada 6-8 mei di Kuala Lumpur akan tetapi pada masa yang sama pihak MSNK telah membuat satu latihan pusat di Veledrom Cheras untuk persediaan ke sukma 2011.

(akan membuat perbincangan semula dengan Penyelaras Negeri Kedah)

  1. Jurulatih memaklumkan atlet-atlet baru dari SMK Alor Janggus masih belum melaporkan diri untuk menjalani latihan ini adalah kerana basikal yang sedia ada masih belum mencukupi.

Makluman.

  1. Pada hari ini atlet-atlet akan bertolak ke Melaka untuk menyertai Kejohanan GP3 Kebangsaan dan Kejohanan Piala Ketua Menteri Melaka, semua atlet terlibat. Peruntukan adalah dibawah tanggungan Majlis Sukan Negeri Kedah.
  2. Menjalani Latihan Intensif Fasa 1 di Velodrom Cheras Kuala Lumpur selama 16 hari dari 16 Mei hingga 21 Mei 2011, dan seterusnya Fasa 2 dari 27 Mei hingga 2 Jun di Velodrom Cheras. Segala perbelanjaan untuk Latihan Intensif tersebut ditanggung oleh pihak Majlis Sukan Negeri Kedah.
  3. Penyelaras juga memaklumkan peralatan basikal dan makanan tambahan untuk Latihan Intensif tersebut mencukupi.
  4. Terdapat seoarang atlet baru telah melaporkan diri dan menjalani latihan yang pertama iaitu Mohd Zulkifli bin Sahbani 13 Tahun.

Sekian. Terima kasih.

Laporan disediakan oleh Akmal Hashim


PEMANTAUAN @ PLN ANGKAT BERAT ( SMK ALOR JANGGUS )







Salam 1 Malaysia,

Satu sesi pemantauan PLN Angkat Berat di SMK Alor Janggus telah dijalankan seperti ketetapan berikut : -

Tarikh : 20 April 2011
Masa : 4.00 hingga 6.00 pm
Tempat : PLN Angkat Berat, SMK Alor Janggus
Jurulatih : Mohd Norshah Rizal Bin Ruslan
Kehadiran : 12 atlet ( 7 Lelaki, 5 Wanita )

Seramai 12 atlet telah hadir bagi mengikuti sesi latihan ini. Program latihan adalah seperti berikut :-

1) Standing Snatch ( 8 set ) - Bentuk latihan ini adalah tertumpu kepada kekuatan pull and speed.

2) Clean Squat ( 6 set ) - Disiplin latihan ini ialah bagi membentuk kekuatan kaki atlet.

3) Jerk Press ( 4 set ) - Disiplin latihan ini pula bertujuan untuk membentuk kekuatan
tangan dan menahan bebanan yang diangkat.

Walaupun baru sahaja 2 bulan atlet - atlet ini menjalani latihan, 80 % teknik angkatan telah pun berjaya dipraktikkan. Kejohanan terdekat yang akan disertai oleh atlet - atlet ini ialah Kejohanan Angkat Berat Zon Utara yang dijadualkan akan berlangsung di Perlis pada Bulan Mei 2011.

Sunday, April 17, 2011

KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA UUM






Salam 1Malaysia,


Program : Kejohanan Memanah Terbuka UUM

Tarikh : 14 - 17 April 2011

Tempat : Padang Memanah Pusat Sukan UUM, Sintok.



Berikut adalah rumusan ringkas penyertaan negeri/pasukan/kelab,

  • Jumlah penyertaan = 30 Pasukan
  • Jumlah peserta lelaki recurve = 124 Org
  • Jumlah peserta wanita recurve = 56 Org
  • Jumlah peserta lelaki compound = 54 Org
  • Jumlah peserta wanita compound = 33 Org
  • Jumlah atlet recurve = 180 Org
  • Jumlah atlet compound = 87 Org

Bagi Pasukan Memanah Pelapis Negeri Kedah, 8 orang pemanah akan beraksi dalam kejohanan ini. Sementara Encik Kamal dan juga EncikNazri selaku jurulatih bagi pasukan ini.

Kepada atlet-atlet memanah negeri kedah, selamat berjuang diucapkan.


Sekian,Terima Kasih

Laporan disediakan oleh Cik Ku Fadzilah binti Ku Hamid.

Thursday, April 7, 2011

SESI LATIHAN ATLET BARU ANGKAT BERAT DI PLN TUNKU ANUM




Tarikh : 07 April 2011
Masa : 4.00 hingga 6.00 pm
Tempat : Dewan Angkat Berat SMK Tunku Anum
Jurulatih : Mohd Norshah Rizal Bin Ruslan
Kehadiran : 5 orang atlet





Seramai 5 orang atlit baru bagi sukan Angkat Berat yang telah dikenalpasti dari Program TID yang lalu dari Smk Alor Janggus telah dibawa untuk menjalani latihan bersama atlet - atlet senior di Dewan Angkat Berat SMK Tunku Anum.Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan latihan yg lebih bersistematik di samping dapat memperkenalkan peralatan latihan yang tidak terdapat di Pusat Latihan SMK Alor Janggus. Kelihatan atlet - atlet baru ini teruja dengan jumlah angkatan yang dilakukan oleh atlet - atlet senior. Diharapkan supaya dengan pendedahan ini, akan mencetuskan minat yang mendalam terhadap sukan Angkat Berat untuk atlet - atlet baru terbabit.

Laporan disediakan oleh Mohd Norshah Rizal B Ruslan

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW JEMPUTAN KELAB - KELAB ANTARABANGSA 2011







Berikut merupakan update terkini jumlah penyertaan pasukan bagi Kejohanan Sepaktakraw Jemputan Kelab - Kelab Antarabangsa 2011 bagi merebut Piala YAB Dato Seri Menteri Besar Kedah/Piala YB Dato' Exco Belia dan Sukan/Piala Datuk Bandar pada 07 April 2011 hingga 10 April 2011.

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW
JEMPUTAN KELAB-KELAB ANTARABANGSA 2011
PIALA YAB. DATO’ SERI MENTERI BESAR KEDAH


BIL

NAMA PASUKAN

CATATAN

1.

Thailand

2 regu

2.

Myammar

1 regu

3.

Indonesia

2 regu

4.

Singapura

2 regu

5.

Terengganu Darul Iman

1 regu

6.

Malaysia ( PSM )

2 regu

7.

Kedah Darul Aman

1 regu

8.

Universiti Putra Malaysia

1 regu

9.

Angkatan Tentera Malaysia

1 regu

10.

USM

1 regu

11.

Tentera Laut DiRaja Malaysia

1 regu

12.

UUM All Star

1 regu

13.

Malaysia Airlines (MAS)

2 regu

JUMLAH

18 regu



KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERBUKA KEDAH
PIALA YB. DATO’ EXCO BELIA & SUKAN,
KESENIAN DAN WARISAN KEBUDAYAAN NEGERI KEDAH



BIL

NAMA PASUKAN

CATATAN

1.

Terengganu Darul Iman

2 regu

2.

ATM

2 regu

3.

Kelantan Darul Naim

2 regu

4.

Negeri Sembilan

1 regu

5.

Kedah Darul Aman

1 regu

6.

Polis DiRaja Malaysia

3 regu

7.

Tentera Laut DiRaja Malaysia

2 regu

8.

Tentera Udara DiRaja Malaysia

2 regu

9.

Malaysia Airlines (MAS)

2 regu

10.

Bukit Putra (Kuala Lumpur)

4 regu

11.

Universiti Utara Malaysia

2 regu

12.

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah

1 regu

JUMLAH

24 regu



KEJOHANAN SEPAK TAKRAW
TERBUKA BAWAH 20 TAHUN
PIALA DATUK BANDAR, MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR (MBAS)


BIL

NAMA PASUKAN

CATATAN

1.

Terengganu Darul Iman

3 regu

2.

SUKMA Kuala Lumpur

3 regu

3.

SUKMA PERAK

5 regu

4.

Negeri Sembilan

2 regu

5.

SUKMA Pulau Pinang

3 regu

6.

USPTN Kedah

2 regu

7.

Tentera Laut DiRaja Malaysia

1 regu

8.

Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kedah ( MSSK )

2 regu

9.

Sekolah Sukan Bandar Penawar ( SSBP )

4 regu

10.

Daerah Kota Setar ( PERSAS )

3 regu

11.

Daerah Yan

3 regu

12.

Popular Profil ( Penang )

2 regu

JUMLAH

33 regu



Berikut merupakan Rumusan jumlah pasukan dan jumlah keseluruhan regu yang bertanding : -

BIL

NAMA PASUKAN

CATATAN

1

Thailand

2 regu

2

Myammar

1 regu

3

Indonesia

2 regu

4

Singapura

2 regu

5

Malaysia ( PSM )

2 regu

6

Kedah

4 regu

7

Terengganu

6 regu

8

Kelantan

2 regu

9

Negeri Sembilan

3 regu

10

Kuala Lumpur

3 regu

11

Perak

5 regu

12

Pulau Pinang

3 regu

13

PDRM

3 regu

14

TLDM

4 regu

15

ATM

3 regu

16

TUDM

2 regu

17

JPS Kedah

1 regu

18

UPM

1 regu

19

USM

1 regu

20

UUM

3 regu

21

Malaysia Airlines ( MAS )

4 regu

22

Bukit Putra ( KL )

4 regu

23

Popular Profil ( PP )

2 regu

24

SSBP

4 regu

25

Majlis Sukan Sekolah Kedah

2 regu

26

PERSAS ( Kota Setar )

3 regu

27

Daerah Yan

3 regu

JUMLAH

75 regu



























































Rumusan keseluruhan penyertaan pasukan adalah 27 pasukan dengan melibatkan penyertaan sebanyak 75 regu. Mesyuarat Pengurus Pasukan juga telah diadakan pada 07 April 2011 bertempat di Hotel Regency Alor Setar.

Kepada semua peminat sukan Sepak Takraw di Negeri Kedah khasnya anda dijemput untuk memeriahkan dan menyaksikan aksi - aksi pemain Sepak Takraw bertaraf antarabangsa di Kejohanan ini. Semua perlawanan akan berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim,Alor Setar,Kedah.

Kepada semua pasukan selamat bertanding diucapkan.