Monday, February 7, 2011

SEMINAR PERANCANGAN STRATEGIK PEMBANGUNAN SUKAN NEGERI KEDAH

Seluruh warga kerja MSN Kedah dan USPTN Kedah serta Jurulatih Penuh Masa dan Jurulatih Sambilan MSNK/USPTNK akan berkampung selama 3 hari bermula dari 7 Februari 2011 hingga 9 Februari 2011 bertempat di Merdeka Beach Resort,Pantai Merdeka. Kepada semua peserta,selamat berseminar.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, February 2, 2011

SELAMAT TAHUN BARU CINA



SELAMAT TAHUN BARU CINA KEPADA SEMUA WARGA SUKAN YANG MENYAMBUT PERAYAAN INI DI NEGERI KEDAH KHASNYA. SELAMAT BERCUTI.

PROGRAM KLINIK SUKAN DAN TID
























Salam 1 Malaysia,
Program : Klinik Sukan dan TID bagi sukan Olahraga, Angkat Berat & Berbasikal
Tarikh : 31 Januari, 2011
Masa : 8.00 pagi - 3 petang
Tempat : SMK Alor Janggus, Alor Setar, Kedah
Kehadiran : 121 orang pelajar
Urusetia : Pegawai & kakitangan USPTN, di bantu oleh Pegawai2 MSNK
Tujuan
Program ini dijalankan bagi mencari bakat baru bagi sukan Olahraga, Angkat Berat dan Berbasikal, selain daripada untuk mempromosikan program Pelapis dan juga memupuk minat untuk bersukan di kalangan pelajar - pelajar sekolah..Dengan kerjasama dari Pengetua sekolah berkenaan diharapkan akan memudahkan perjalanan program latihan yang akan di laksanakan secara berterusan dimana jurulatih-jurulatih USPTN Kedah akan menjalankan latihan di sekolah tersebut dengan menggunakan peralatan sedia ada dan juga yang telah di bekalkan oleh MSN Kedah (Angkat Berat) kepada sekolah itu. Dengan ini di harapkan akan menghasilkan atlet-atlet yang cemerlang di masa akan datang untuk negeri Kedah dan seterusnya untuk negara.
Perjalanan Program
Pada keseluruhan seramai 400 orang pelajar yang akan terlibat di dalam program tersebut. Oleh itu kami memutuskan untuk mengadakan saringan yang pertama yang di jalankan oleh jurulatih-jurulatih sukan terbabit pada hari Khamis 27hb Januari, 2011, hasil dari saringan yang pertama kami telah mengenalpasti seramai 121 orang yang meliputi pecahan 55 orang pelajar wanita dan 66 orang pelajar lelaki yang akan menjalani ujian kecergasan dan spesifik selanjutnya bagi sukan-sukan berkenaan.
Pada 31 Januari, 2011 seawal jam 7.00 pagi pegawai-pegawai dan kakitangan USPTN berada di sekolah terbabit bagi membuat persedian tempat. Acara di mulakan dengan ucapan aluan dari Penolong Kanan SMK Alor Janggus dan Pemangku Ketua Unit USPTN Kedah. Di ikuti dengan pengenalan mengenai sukan dan peralatan oleh En Mat Nor Osman (Jurulatih Angkat Berat), Pn Alfizar (Penyelaras sukan berbasikal MSNK) dan En Zam Sairon (Jurulatih Olahraga). Demo angkatan bagi sukan Angkat Berat juga dijalankan pada hari tersebut bagi menarik minat pelajar untuk menceburkan diri dalam sukan tersebut.Selain daripada itu,para pelajar juga turut didedahkan dengan informasi berkaitan sukan - sukan terbabit dan diberi peluang untuk menunggang basikal - basikal trek dan MTB yang dibawa pada hari tersebut.Ujian kecergasan seperti Lompat Menegak, Tekan Tubi, 'Standing Broad Jump', Bangun tubi, Lari Pecut 60m, Lontaran, Larian 800m dan Jangkauan Melunjur telah di jalankan oleh atlet-atlet sambil dipantau dan diambil rekod oleh urulatih, pegawai dan kakitangan USPTN. Ujian - ujian spesifik mangikut sukan ini perlu bagi mengenalpasti faktor fizikal yang diperlukan untuk proses pemilihan bagi mengikuti program latihan.
Program selesai pada jam 3.00 petang selepas makan tengahari yang telah di sediakan.
Penghargaan
Pihak kami berbesar hati di atas kerjasama dari pihak sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri, atlet-atlet dan Jurulatih serta kakitangan USPTN dan MSN Kedah dalam melaksanakan program tersebut dengan jayanya.