Monday, January 31, 2011

UJIAN ANGKATAN BAGI BULAN JANUARI 2011












Adalah dimaklumkan bahawa ujian angkatan bagi PLN Angkat Berat SMK Tunku Anum Tunku Abd Rahman,Jitra bagi bulan Januari 2011 telah dijalankan pada tarikh seperti berikut ;

Tarikh ; 26 Januari 2011 ( Rabu )
Tempat ; Dewan Angkat Berat, SMK Tunku Anum Tunku Abd Rahman
Masa ; 4.00 hingga 6.30 petang

Seramai 9 atlet telah menghadiri ujian angkatan ini dengan dipantau oleh 2 orang Jurulatih iaitu En Mohd Nor Osman dan juga En Mohd Norshah Rizal B Ruslan. 2 atlet gagal hadir untuk mengikuti ujian ini. Keseluruhannya daripada angkatan acara Snatch bagi atlet Lelaki, daripada keseluruhan 21 angkatan, 6 angkatan gagal dicatatkan ( 28.57 % ) dengan 1 atlet mencatatkan angkatan peribadi terbaik. Bagi Clean and Jerk pula daripada keseluruhan 21 angkatan, 4 angkatan gagal ( 19.04 % ) dan 5 atlet mencatatkan angkatan peribadi terbaik.. Bagi atlet wanita, bagi acara snatch, daripada keseluruhan 6 angkatan, 1 angkatan gagal ( 16.6 % ). Bagi clean and Jerk pula daripada keseluruhan 6 angkatan, 2 angkatan gagal (33.2 % ). Tiada atlet yang berjaya mencatatkan angkatan terbaik bagi kedua - dua acara. Data ini akan disimpan sebagai perbandingan untuk mengukur prestasi atlet dari masa ke semasa.

MESYUARAT BERSAMA PERSATUAN BADMINTON KEDAH




Mesyuarat terbabit telah diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :

Tarikh : 25 Januari, 2011

Masa : 8.30 malam

Tempat : Bilik Mesyuarat KBA, Alor Setar, Kedah

Kehadiran :

1) En. Teoh Teng Chor (Presiden)
2) En. Goh Yen Yen (Pengerusi)
3) En. P. Ghanhi (Setiausaha)
4) En. Leong Weng Tuck
5) En. Samidiono
6) En. Neow Beng Seong
7) En. Ari Anshori
8) En. Ardi Wiranata
9) Cik Ong Shu Voon
10) Cik Ku Fadzilah Bt Ku Hamid

Mesyuarat di pengerusikan oleh En Goh Yen Yen memandangkan Tuan Presiden terpaksa datang lewat di atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Perkara berbangkit
  1. Kedatangan pemain untuk latihan bertambah baik selepas peperiksaan
  2. Seramai 5 pemain lelaki dan 7 pemain telah menerima tawaran ke skuad KBA, di dalam tempoh percubaan selama 3 bulan.
  3. Kedah di pilih untuk menganjurkan Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan Zon A Pusingan Pertama 2011, Senarai nama Jawatankuasa telah di keluarkan begitu juga dengan senarai pemain yang akan bertanding di dalam kejohanan tersebut.
Laporan SDO & Tindakan
  1. Mohon agar pihak KBA menyenarai pendek jumlah atlet yang ada sekarang kerana seramai 76orang atlet telah didaftarkan di bawah USPTN pada tahun 2010, memandangkan jumlah bajet yang semakin berkurangan saya telah memohon agar mereka memilih pemain yang berkualiti dan mengurangkan kepada 50 orang atlet yang berdaftar di bawah USPTN Kedah.
  2. Dimaklumkan bahawa pihak KBA ada menjalankan ujian kecergasan dan spesifik, untuk itu PPN memohon agar jika mereka menjalankan ujian tersebut, mereka bolehlah memaklumkan kepada saya.
  3. PPN juga telah memaklumkan bahawa jumlah bantuan ke kejohanan adalah RM3,000.00 dan untuk 5 kejohanan Kebangsaan, 1 program binaan sebanyak RM1,500.00.
  4. Mesyuarat JKKK di cadangkan pada 13 Februari, pukul 9.00 pagi, jika ada perubahan akan di maklumkan kepada pihak KBA.
Mesyuarat di tangguhkan pada pukul 10.30 malam
Laporan disediakan oleh Cik Ku Fadzilah Ku Hamid

Sunday, January 23, 2011

LAPORAN PROGRAM EVALUATION TENPIN BOLING














Satu Program Evaluation dan Pemilihan Atlet Tenpin Boling Pelapis Negeri 2011 bagi USPTN Kedah telah diadakan seperti berikut :

Tarikh : 18 Januari 2011 (Selasa)
Masa : 7.00 Malam – 10.00 malam
Tempat : Ampang Superbowl Sungai Petani

Kehadiran:
· 1 JPM En. Helmy Sharudin B. Che Ya
· 2 JSM Pn. Azlin Bt. Shahar dan Pn. Zunika Bt Zainal
· 2 Pegawai USPTN Kedah
· Penilai National Evaluation(MTBC)
o En. Azidi Ameran
o En. Jackson Ting
o En. George Tan
· Presiden Persatuan Tenpin Boling Negeri Kedah
o Tengku Zahari
Perjalanan National Evaluation.

Pendaftaran bermula pada Jam 7.00 malam. Sesi penilaian tersebut berlangsung selama 1 jam dari Jam 8.15 malam hingga 9.15 malam. Seramai 51 peserta telah menghadiri sesi penilaian tersebut yang terdiri daripada 40 lelaki dan 11 perempuan. Penilaian dijalankan oleh 3 panel dari Malaysian Tenpin Bowling Congress (MTBC). Satu mesyuarat bagi membincangkan perjalanan program pada tahun 2011 juga turut diadakan selepas sesi evaluation tersebut.Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.

Wednesday, January 19, 2011

MESYUARAT JAWATANKUASA SEKOLAH SUKAN NEGERI 01/11






Satu mesyuarat penyelarasan Jawatankuasa Sekolah Sukan Negeri 01/11 telah diadakan pada tarikh, tempat dan masa seperti berikut :

Tarikh : 18 Januari 2011
Tempat : Bilik Jana Minda, SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman
Masa : 2.45 ptg - 5.30 ptg

Antara agenda perbincangan dalam mesyuarat ini ialah taklimat daripada pihak sekolah berkaitan dengan pelaksanaan program sukan di Sekolah Sukan Negeri. Selain daripada itu wakil daripada MSNK/USPTNK juga turut dilantik sebagai ex-officio bagi Jawatankuasa Induk Pembangunan Sekolah Sukan Negeri Kedah. Antara sukan yang akan melibatkan kerjasama dari MSNK/USPTNK secara langsung ialah sukan Sepak Takraw dan juga Olahraga. Bagi sukan Angkat Berat pula pihak sekolah tiada halangan dari segi program yang telah pun dijalankan oleh MSN sejak dari tahun 2000.Mesyuarat berakhir pada jam 5.30 petang.

Monday, January 17, 2011

MESYUARAT KETUA UNIT BIL 01/11






Sebagai pembuka tirai program bagi tahun 2011, Mesyuarat Ketua Unit Bil 01/11 telah diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 11 - 13 Januari 2011
Tempat :Bilik Rajawali Majlis Sukan Negara Malaysia

Seramai 14 orang Ketua Unit dan 15 Pegawai Pembangunan Negeri telah hadir pada mesyuarat ini. Selain daripada bermesyuarat, perjalanan program latihan dan KPI 2010 serta perancangan KPI 2011 juga turut dibentangkan oleh semua Ketua Unit USPTN.

Thursday, January 13, 2011

PEMANTAUAN PLN SKUASY









Tarikh : 11 Januari, 2011

Masa : 6.00 petang

Tempat : Kompleks Sukan Muadzam Shah, Alor Setar, Kedah

Kehadiran : 16 orang atlet

Jurulatih : Cheong Pak Kau & Mubashir Gul

Hasil Pemantauan

Ketika pemantauan seramai 16 atlet masih berlatih, ini adalah kerana atlet yang sesinya telah habis telah pun pulang. Bagi atlet-atlet baru yang terpilih ketika Klinik Mencari Bakat bagi Sukan Skuasy pada bulan Oktober yang lepas, seramai 50 orang telah terpilih dan kini hanya tinggal 28 orang yang masih menjalani latihan yang menetapi peraturan iaitu mereka harus datang latihan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Sesi latihan bagi atlet baru adalah 3.30 petang hingga 5.00 petang.

Adalah amat membanggakan kerana komitmen dari jurulatih dan waris atlet amat tinggi kerana sanggup menghantar dan melatih atlet datang berlatih 7 hari seminggu, sehingga keputusan pertandingan bagi tahun 2010 amat membanggakan, contohnya Sivasangari yang berjaya menjadi Johan Hong Kong Junior Open (11 - 15 Ogos, 2010) dan Dunlop Pontefract Junior Open 2010 (28 - 30 Disember, 2010) bagi kategori Perempuan bawah 13 tahun. Kebanyakan atlet Kedah juga berjaya menjadi johan di peringkat Kebangsaan bagi ketegori umur masing-masing seperti Aifa Azman, Nurul Izzah, Mivesh Kumar, Hafiz Zaffri dan lain-lain lagi

Seramai 2 orang atlet Kedah kini berada di Sekolah Sukan Bukit Jalil di bawah Jurulatih Andrew Cross iaitu Aika Azman dan Teh Min Jie, mereka ini juga telah melayakkan diri sehingga ke separuh akhir di SUKMA 2010 di Melaka yang lalu bagi acara berkumpulan perempuan yang turut di bantu oleh Rebecca Ooi dan Nazihah Hanis.


Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh Cik Ku Fadzilah Binti Ku Hamid.

Wednesday, January 12, 2011

PEMANTAUAN PLN SUKAN MEMANAH


















Tarikh : 11 Januari, 2011

Masa : 4.30 petang

Tempat : SMK Pokok Sena, Alor Setar, Kedah

Kehadiran : 18 orang atlet lama
10 orang atlet baru

Jurulatih : En Manaf Mohamed


Hasil Pemantauan

Kehadiran atlet amat memuaskan, kini terdapat seramai 10 orang atlet baru. Ini adalah kerana perlaksanaan satu murid satu sukan, oleh yang demikian terdapat 10 orang pelajar baru telah memilih Sukan Memanah. Komitmen atlet sedia ada juga amat tinggi.

Kini stor Peralatan Memanah yang dibina pada tahun 2010 telah boleh di gunapakai. Pihak kami amat berterima kasih kepada pihak sekolah terutamanya Pengetua sekolah yang amat menyokong pembangunan Sukan Memanah.

Walaubagaimanapun dengan pertambahan jumlah atlet, peralatan yang sememangnya kurang menjadi bertambah kurang, seperti jumlah 'arrow' yang tidak mencukupi bagi latihan mahupun untuk kejohanan. Terdapat juga 'bow' set yang tidak lengkap kerana 'limb' yang patah. Bagi 'target butt' buat masa sekarang telah mencukupi kerana telah dibekalkan oleh pihak Cawangan Pelapis Negeri, MSNM dan NAAM selepas Kejohanan Karnival Sirkit 1/2010 di Kedah.

Pihak kami amat teruja dengan usaha kreatif jurulatih bagi menghasilkan sendiri 'dumb bell' yang dibuat sendiri dari tin susu dan batang paip untuk kegunaan untuk latihan.

Ketika pemantauan jurulatih sedang menjalankan latihan fizikal kepada atlet seperti bebanan, push-up, sit-up back tension dan juga jumping. Walaubagaimanapun, latihan form tidak dapat di jalankan kerana hujan.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh Cik Ku Fadzilah Binti Ku Hamid.