Tuesday, December 28, 2010

PEMANTAUAN PLN TENPIN BOLING









Tarikh : 27 Disember 2010 (Isnin)
Masa : 8.00 – 10.00 Malam
Tempat : Ampang Superbowl Sungai Petani
Kehadiran : Atlet 21 orang, Jurulatih 2 orang
Aktiviti yang dijalankan sepanjang pemantauan.
Latihan
1. Latihan: Ball Speed(Chest, Rib, Waist, Pocket) emphasize timing set-up step.
DRILL : Knee – Down, Foul Line, Pushaway Drill, 1 – Step dan 5 Step.
2. Latihan: Ball Speed Changes with Release Variation
DRILL : Knee – Down, Foul Line, Pushaway Drill, 1 – Step dan 5 Step.
Perbincangan.
1. Jurulatih menyatakan perlu mengadakan Kem Latihan seperti yang dijalankan pada 19 – 21 Disember yang lepas pada tahun hadapan kerana daripada Kem tersebut atlet-atlet mendapat ilmu-ilmu atau teknik-teknik daripada latihan yang diberikan.
2. Jurulatih juga telah mengenalpasti atlet yang terbaik untuk diketengahkan pada SUKMA yang akan datang dan ini akan dirujuk oleh Majlis Sukan Negeri Kedah terdahulu sebelum di letakkan di dalam pasukan SUKMA.
3. Jurulatih juga bertanyakan mengenai peruntukan penyertaan untuk tahun 2011, pihak USPTN Kedah menyatakan bahawa masih belum mendapat senarai penyertaan yang ditetapkan oleh Cawangan Pelapis dan pihak MTBC masih belum membuat “EVALUATION” untuk tahun 2011. Pihak USPTN Kedah akan memaklumkan kepada jurulatih sekiranya mendapat senarai penyertaan yang telah ditetapkan oleh Cawangan Pelapis.
3. Cadangan, Kem Latihan ini akan dijalankan di tempat yang lebih dekat. Sekiranya dijalankan di kawasan yang lebih dekat bilangan atlet yang terpilih untuk menyertai Kem Latihan lebih ramai.
4. Cadangan untuk mengadakan evaluation setiap 3 bulan dipertingkat Pusat Latihan Negeri, ini adalah untuk melihat sejauh mana prestasi atlet dan kita dapat melihat atlet yang terbaik dari masa ke semasa juga dicadangkan mewujudkan seeding /ranking atlet di peringkat negeri. Cadangan ini dipersetujui oleh Jurulatih Encik Helmy Sharudin Bin Che Ya.
5. Di kesempatan ini juga diadakan perjumpaan atlet. Memaklumkan kepada atlet mengenai “Evaluation” yang akan di jalankan setiap 3 bulan dan setiap atlet yang terpilih untuk tahun 2011 dan diwajibkan hadir untuk menjalani “Evaluation” tersebut. Sekiranya tidak dapat menghadiri “Evaluation” tersebut tanpa alasan yang kukuh tindakan disiplin akan diambil.
6. Atlet memaklumkan tiada masalah semasa menjalani latihan dan jurulatih menjalankan tugas dengan sebaiknya. Tiada masalah yang timbul antara atlet dan jurulatih semasa latihan ataupun pertandingan yang disertai.
7. Di akhir pemantauan pada pukul 10.00 malam, atlet-atlet menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh dan menerima teguran daripada jurulatih dengan baik untuk meningkatkan prestasi masing-masing. Latihan seperti ini perlu diteruskan dan sentiasa berjalan untuk memastikan dan melahirkan atlet-atlet yang terbaik untuk Negeri Kedah seterusnya di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Laporan disediakan oleh En Akmal Hashim

Monday, December 27, 2010

KEM BOLING USPTN KEDAH










Kem Boling USPTN Kedah telah dijalankan pada 19 hingga 21 Disember 2010 bertempat di Ampang Superbowl Langkawi. Sebanyak 12 atlet dan 2 jurulatih telah terlibat dalam kem ini.Berikut dilampirkan jadual sepanjang program terbabit.

19 Disember 2010

9.00 pagi - Berkumpul di Jeti Kuala Perlis

10.00 pagi - Bertolak dari Jeti Kuala Perlis ke Langkawi

11.00 pagi - Sampai di Jeti Kuah, Langkawi.

11.30 tgh - Taklimat di ikuti Latihan boling di Ampang Superbowl Langkawi.

2.30 ptg - Bertolak ke Hotel Akasia Kuah, Langkawi.

3.00 ptg - Check-in bilik di ikuti dengan aktiviti bebas.

4.00 ptg - Kelas Teori Asas dan Lanjutan boling.
a) 3 point target system
b) Lane play
c) Sparing system

5.45 ptg - Aktiviti Riadah

7.30 mlm - Makan malam ( Nasi Gulai Panas )

9.00 mlm - Kelas persediaan mental sebelum, semasa dan selepas pertandingan.

11.00 mlm - Tidur.


20 DISEMBER 2010

7.00 pagi - Sarapan / Senaman pagi.

9.30 pagi bertolak ke Ampang Superbowl Langkawi.

10.00 pagi - Latihan Boling
a) 3 point target system
b) Lane play
c) Sparing system

12.30 tgh - Makan Tengahari

1.30 ptg - Aktiviti Kumpulan serta Lawatan ke tempat bersejarah dan menarik di Langkawi.

6.30 ptg - Makan Malam - Seafood

8.00 mlm - Kelas Pemakanan dalam sukan dan analisa video setiap pemain.

11.00 mlm - Tidur.


21 DISEMBER 2010

7.00 pagi - Sarapan dan senaman pagi.

9.30 pagi - Aktiviti berkumpulan

12.00 tgh - Check-out Hotel

1.00 ptg - Makan Tengahari

2.00 ptg - Mini Tournament

5.30 ptg - Bertolak dari Jeti Kuah, Langkawi ke Jeti Kuala Perlis.

7.00 mlm - Bersurai.

Saya yang terlibat secara langsung dalam kem ini amat berharap agar semua pelatih yang terlibat dapat mempertajamkan lagi teknik permainan boling masing-masing. Semoga dengan usaha keras yang berterusan tanpa mengenal erti jemu dan kalah dari pelatih yang terlibat bakal membuahkan kejayaan yang cemerlang di masa hadapan.

Semoga kita dapat berjumpa lagi di kem latihan boling yang lain di masa dan tempat. Selamat maju jaya dalam sukan boling yang diceburi.

Laporan disediakan oleh En. Helmi Sharudin B Che Ya.

Saturday, December 25, 2010

KEPUTUSAN PASUKAN KEDAH DI KEJOHANAN ANGKAT BERAT ZON UTARA 02/10






















Keputusan bagi atlet Angkat Berat Kedah yang bertanding pada kejohanan tersebut :

1) Kategori 56 KG (L) Bawah 16 tahun
Muhammad Aznil Bin Bidin
1 Emas ( Snatch - 85 KG )
1 Emas ( Clean and Jerk - 110 KG )

2) Kategori 62 KG (L) Bawah 16 tahun
Muhamad Hanif Bin Mohd Yunus
1 Emas ( Snatch - 85 KG )
1 Emas ( Clean and Jerk - 100 KG )

3) Kategori 69 KG (L) Bawah 16 tahun
Muhammad Sollehin Bin Abd Rahim
1 Emas ( Snatch - 90 KG )
1 Emas ( Clean and Jerk - 100 KG )

4) Kategori +105 KG (L) Bawah 16 tahun
Abdul Malek Desa
1 Emas ( Snatch - 105 KG )
1 Emas ( Clean and Jerk 122 KG )

Sekalung tahniah diucapkan kepada atlet yang berjaya

Friday, December 24, 2010

Mesyuarat Pengurus Pasukan Kejohanan Angkat Berat Zon Utara 02/10

Mesyuarat Pengurus Pasukan Kejohanan Angkat Berat Zon Utara 02/10 telah diadakan bertempat di Bilik Cemerlang MSN Pulau Pinang pada 24 Disember 2010. Kejohanan ini akan berlangsung dari 25 dan 26 Disember 2010 bertempat di Gymnasium Angkat Berat MSN Pulau Pinang. Sebanyak 30 atlet Angkat Berat dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang akan berentap pada kejohanan ini. Negeri Kedah menghantar 6 atlet lelaki untuk bertanding pada kejohanan ini.Kepada atlet yang bertanding, selamat maju jaya diucapkan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, December 23, 2010

TID BAGI SUKAN ANGKAT BERAT DAN BERBASIKAL FASA 2



























Bertitik tolak dari TID fasa 1 yang dijalankan pada 15 November yang lalu bertempat di SMK Sg Tiang, Pendang, 1 lagi TID fasa 2 telah dijalankan pada tempat dan tarikh seperti berikut :

Tarikh : 23 Disember 2010
Tempat : MSN Kedah

Seramai lebih kurang 86 orang pelajar yang dikumpulkan dari 3 daerah iaitu Kota Star, Pendang dan Baling bagi sukan Angkat Berat dan Berbasikal yang telah dikenalpasti pada TID fasa 1 dikumpulkan semula serta diuji dan dinilai oleh barisan jurulatih bagi ditempatkan pada sukan yang bersesuaian dengan hasil dari ujian - ujian yang dijalankan.

Program bermula seawal 7.30 pagi. Coaster baru MSN kedah telah digunakan untuk mengambil pelajar -pelajar ke MSN Kedah. Ada juga yang datang dengan ditemani oleh ibu - bapa masing - masing.Program dimulakan dengan penerangan dan taklimat berkaitan program.Seterusnya ujian - ujian dijalankan kepada semua pelajar. Antara ujian - ujian yang dijalankan ialah seperti tekan tubi,stand jump, long jump standing, lari 40 meter, lari 800 meter, throw shot back over head dan juga bangkit tubi. Data - data pelajar ini akan dikumpulkan dan dinilai bagi pemilihan untuk mengikuti program latihan bagi sukan Angkat Berat dan Berbasikal. Program berakhir pada pukul 1.00 tengah hari.