Thursday, November 25, 2010

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUS MAJLIS SUKAN NEGERI KEDAH 02/10

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurus MSN Kedah telah diadakan pada 25 Nov 2010 jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat,Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Wisma Darulaman. Tujuan mesyuarat ini dijalankan ialah bagi membincangkan berkaitan pelaksanaan program - program sukan di Negeri Kedah bagi dibentangkan kepada ahli majlis. Mesyuarat juga turut dibentangkan dengan pencapaian Kontinjen Kedah di Sukma Melaka 2010 dan juga pembentangan bajet untuk penyertaan Kontinjen Kedah ke Mini Sukma 2011. Mesyuarat berakhir pada pukul 11.30 pagi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, November 24, 2010

TID BAGI SUKAN ANGKAT BERAT DAN BERBASIKAL






















Siri pencarian bakat baru telah bermula di Negeri Kedah. Destinasi program ialah di SMK Sungai Tiang, Pendang pada 15 November 2010 yang lalu. Seramai 80 orang pelajar tingkatan 2 dan 3 sekolah terbabit telah terlibat dalam program ini. Program dimulakan pada jam 9.00 pagi bermula dengan sesi penerangan berkaitan Sukan Angkat Berat oleh Jurulatih Angkat Berat Negeri Kedah iaitu En Mohd Nor Osman. Memeriahkan lagi suasana, program juga turut diserikan dengan demo angkatan daripada atlet - atlet angkat berat Kedah. Sukan Berbasikal pula mengambil tempat di pentas pada pukul 1.00 petang. Sesi penerangan berkaitan sukan ini telah disampaikan oleh En. Khairul Anuar Bahadun selaku Jurulatih Berbasikal Negeri Kedah.Ujian - ujian bagi pemilihan atlet turut juga dijalankan. Antara ujian yang dijalankan ialah lari 40 meter, tekan tubi, bangun tubi, stand jump dan juga broad jump. Tinggi dan berat pelajar - pelajar juga turut diambil untuk rekod. Program berakhir pada sekitar pukul 3.30 petang. Sekalung penghargaan diucapkan kepada SMK Sungai Tiang di atas kerjasama yang diberikan.

Wednesday, November 10, 2010

KEJOHANAN SKUASY JUNIOR KEDAH 2010



Tarikh : 12 dan 13 November 2010
Jam : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Gelanggang Skuasy,Kompleks Sukan Muadzam Shah,

Alor Setar

Antara kategori yang akan dipertandingkan ialah U9 tahun ( L,P ),U11 tahun ( L,P ), U13 tahun ( L,P), U15 tahun ( L,P) dan U17 tahun ( L,P ). Penyertaan atlet ialah seramai 80 orang terdiri dari Daerah Kuala Muda / Yan, Jitra dan Alor Setar.






KARNIVAL PELAPIS NEGERI 02/10 N9

PUNGUTAN PINGAT KESELURUHAN BAGI NEGERI KEDAH

Karnival Pelapis Negeri 02/10 yang diadakan di Negeri Sembilan telah menutup tirai dengan jayanya pada 31 Oktober 2010 yang lalu. Daripada 6 sukan yang disertai oleh Negeri Kedah 5 sukan telah berjaya menyumbangkan pingat kepada kontinjen. Berikut adalah carta pungutan pingat keseluruhan dan carta pungutan pingat mengikut sukan bagi Karnival Pelapis Negeri 02/10 N9 :








Keseluruhannya Kontinjen Negeri Kedah menduduki tangga ke 4 daripada 25 kontinjen yang bertanding. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua.

Terima kasih kepada Cawangan Pelapis atas ehsan statistik ini.